Satu penghayatan dan renungan bersama*Engkau bagai air yang jernih*🔹Itulah diri kita yang sebenar (Ruh)*Di dalam bekas yang berdebu*🔹Jasad/Badan yang asalnya di jadikan dari tanah.*Zahirnya kotoran itu terlihat*🔹Sifat manusia suka melihat keburukan orang lain*Kesucian terlindung jua*🔹Hal-hal yang baik biasanya tak berapa di pandang dan diambil peduli.*Cinta bukan hanya di mata*🔹Cinta bukan dari sudut syariat semata-mata*Cinta hadir di dalam jiwa*🔹Cinta yang mutlak terbit dari hati yang suci danbersih @ zikrullah*Biarlah salah di mata mereka*🔹Mereka yang benar-benar mahu menjadi hamba ALLAH di pandang serong dan rendah oleh masyarakat*Biar perbezaan terlihat, antara kita*🔹Perbezaan di antara hamba ALLAH dan hamba Dunia*Kuharap engkau kan terima*🔹Bermunajat agar di terima Ilahi*Walau di pandang hina*🔹Sebagai hamba yang hina*Namun hakikat cinta kita, kita yang rasa*🔹Perasaan yang wujud antara hamba dan Penciptanya tidak dapat di ungkap dengan kata-kata*Suatu hari nanti, pastikan bercahaya*🔹Di alam akhirat*Pintu akan terbuka, kita langkah bersama*🔹Bila mendapat syurga bersama mereka-mereka yang berjaya*Di situ kita lihat, bersinarlah hakikat*🔹Diri kita yang sebenar.. berseri-seri dan bersinar*Debu jadi permata, hina jadi mulia*🔹Roh mereka-mereka yang soleh, yang dihina didunia menjadi mulia di akhirat*Bukan khayalan, yang aku berikan*🔹Kitab Al Quran*Tapi keyakinan yang nyata🔹Kitab yang memberi keyakinan dan cahaya kebenaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar